Dalam Majlis Zikir akan turun rahmat
Allah, Tuhan Semesta Alam, diliputi Majlis tersebut dengan ketenangan
serta ketentraman, dimana para Malaikat mengelilinginya. Dan Allah
memuji-muji orang yang hadir di Majelis tersebut di hadapan para
Malaikat-Nya.
Orang-orang
yang hadir di Majlis Zikir atau Majlis Ilmu atau Majlis Ta’lim
merupakan suatu kaum yang tidak akan celaka orang yang duduk bersama
mereka. Bahkan, seorang pendosa yang duduk bersama mereka dirahmati
Allah, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
Terkadang
di antara yang hadir ada yang menangis kerana takut kepada Allah, maka
Ahlul Majlis seluruhnya memperoleh keberkahan dan anugerah yang luar
biasa.
Majelis Zikir adalah taman-taman Syurga sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ :
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوْا. قَالُوْا: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : مَجْلِسُ الذِّكْرِ
“Apabila
kalian melewati Taman-taman Surga maka singgahlah.” Para sahabat
bertanya, “Apa taman-taman syurga itu?” “Majelis dzikir”, jawab Beliau. (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhuma.
Dalam sanadnya ada rawi yang dhaif, namun hadits ini ada syahidnya,
diriwayatkan oleh Al-Hakim dari hadits Jabir Radhiyallahu ‘anhuma secara
marfu’. Lihat Adh-Dha’ifah no. 1150 dan As-Sohihah no. 2562).
Untuk
menghapus atau menghilangkan hati yang tertutup oleh maksiat dan dosa
salah satunya iaitu, dengan berzikir serta berselawat kepada Nabi
Muhammad ﷺ.
“Makanya kita juga berzikir, zikir kita seperti apa, apakah sesuai dengan tuntutan Rasulullah ﷺ?.
Dalam zikir kita ini mengutamakan Selawat Innallaha wa Malaikatahu
Yushalluna A’lannabi Ya Ayyuhalldzina Aamanu Shallu Alaihi wa Sallimu
Taslima,” kata salah satu penceramah dalam pengajian rutin Aktual.com,
Kamis (22/10), di Jakarta.
Rasulullah ﷺ bersabda, “apapun segala kegiatan yang tidak dimulai dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Selawat’ maka akan tertutup.”
‘
“Doa itu mandek antara Bumi dan langit sebelum Engkau berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, ini adalah kata-kata Nabi,”
Tags:
Zikir
Jom berzikir ..
ReplyDelete...