1) Sabda Rasullah saw : Barangsiapa yang berselawat keatasku
sekali.. nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda -
(HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa dosa
kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari... insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insyaallah.. perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5)
Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu
akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari... insyaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7)
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari.. dengan izin
Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut
Sayyid Ahmad Dahlan.. sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam
Jumaat.. saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari... Insyaallah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat.. Insyaallah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11)
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan
mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12)
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati.. mudah memahami akan
sesuatu ilmu yang diajarkan.. di samping beroleh ketenangan fikiran.
13)
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari
akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari
keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah.. lebih lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad.. sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh.. Maghrib dan Isyak.. Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari.. Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17)
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi..
sesiapa yang membaca selawat secara rutin.. akan terpelihara hatinya
daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19)
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat
sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut turut ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda saw.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati... sesiapa yang berhajat menemui Nabi saw dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat... Insyaallah akan dihapuskan dosa dosa kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari.. Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir.. termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulama berpendapat sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya.. insyaallah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26)
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan dan rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama.. sesiapa
yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik.. maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulama berpendapat.. Allah
akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga
100 kali setiap hari.. diikuti dengan usaha yang berterusan.
29)
Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali
pada hari Jumaat.. maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabi saw:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada
waktu petang tiap hari.. ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat -
HR Thabrani
Wallahu a'lam
.
Tags:
Selawat
marilah kita banyakkan membaca selawat
ReplyDelete..