“Allahumma
solli ala sayyidina Muhammad wa alihi wasohbihi wasallim” merupakan
bunyi dari selawat kita kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita membacakan
Selawat tersebut tandanya kita sedang memberikan pujian kita kepada
Rasulullah ﷺ.
Selawat
memang baik diucapkan disela-sela kita di waktu senggang atau setalah
menjalankan lima waktu. Namun, membaca Selawat ada baiknya jika
dilakukan pada hari Juma'at.
Dalam sebuah riwayat Rasulullah ﷺ bersabda :
“Perbanyaklah
selawat kepadaku pada setiap Juma'at. Kerana Selawat umatku akan
diperlihatkan padaku pada setiap Juma'at. Barang siapa yang banyak
berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari Kiamat
nanti.” (HR. Baihaqi)
Beberapa
keutamaan berselawat pada hari Juma'at yang dikutip dari buku berjudul
“Afdhalus Salawat ‘Alaa Sayyidis Syahadat” karangan Syaikh Yusuf bin
Ismail An-Nabhan, :
1. Jika berselawat satu kali pada hari Juma'at, maka Allah berselawat untuknya 10 kali. Maksud Allah berselawat kepada Nabi ﷺ adalah dengan memberi rahmat-Nya untuk manusia yang berselawat.
2.
“Perbanyaklah membacakan solat untukku pada hari dan malam Juma'at.
Barangsiapa membacakan Selawat untukku satu kali, maka Allah akan
berselawat untuknya 10 kali.”
3.
Mengucapkan Selawat pada hari Juma'at juga menjadi lebih utama kerana
disaksikan oleh malaikat dan malaikat akan berselawat 10 kali kepada
mereka yang membacanya.
Berselawatnya malaikat kepada Nabi ﷺ sama halnya dengan memintakan ampunan untuk manusia tersebut. Dari Abdullah bin Amru bin Ash RA bahawasanya ia mendengar Nabi ﷺ bersabda,
“Jika
kalian mendengar azan oleh mu'azzin, maka ucapkanlah seperti apa yang
ia ucapkan, kemudian bacalah Selawat untukku. Sesungguhnya barangsiapa
mengucapkan satu kali Selawat kepadaku nescaya Allah mengucapkan Selawat
kepadanya sebanyak 10 kali.” (HR. Ahmad)
4. Siapa yang paling banyak berselawat untuk Nabi Muhammad ﷺ pada hari Juma'at, maka akan dekat kedudukannya dengan Nabi ﷺ di Yaumil Mahsyar kelak.
5.
Memperbanyak membaca Selawat pada hari dan malam Juma'at, maka Nabi
Muhammad ﷺ akan menjadi saksi dan penolongnya pada hari kiamat.
6.
Memperbanyak Selawat pada hari Juma'at sebanyak 1,000 kali, maka ia
tidak akan mati sebelum melihat syurga sebagai tempat tinggalnya.
7.
Barangsiapa membacakan Selawat untukku pada hari Juma'at, maka Selawat
itu akan menjadi syafa'at baginya besok di hari kiamat.
8.
Siapa yang solat Asar pada hari Juma'at, kemudian sebelum berdiri
meninggalkan solatnya membaca “Allaahumma Solli ‘Alaa Muhammad
An-Nabiyyil Ummiyyi wa ‘Alaa Alihi wa Sohbihi Wa Sallim Tasliiman
Kathiira” sebanyak 80 kali, maka dosa-dosanya selama 80 tahun akan
diampuni dan akan dituliskan pahala ibadah selama 80 tahun untuknya.”
9.
Pada hari Juma'at Malaikat yang diciptakan dari cahaya akan turun ke
bumi, Tangan-tangan mereka memegang pena yang terbuat dari emas dan
lembaran-lembaran kertas terbuat dari cahaya. Mereka tidak menulis
kecuali Selawat untuk Nabi Muhammad ﷺ
Demikian beberapa ulasan mengenai baiknya berselawat di hari Juma'at semoga menjadi manfaat yang baik dalam kehidupan kita.
Tags:
Selawat
Insha Allah .. nak amal.
ReplyDelete...
subhanallah
ReplyDelete...