Zikir Allah Allah Allah 10000x | Zikir Qalbi ٱلله ٱلله ٱلله
Zikir Sirr Zikir Ismuz Zat
ZIKIR ٱلله ٱلله ٱلله ISMU ZAT | ZIKIR QALBI ALLAH ALLAH ALLAH
Pada video kali ni, kita bawakan zikir qalbi Allah Allah Allah, untuk sama-sama kita amalkan dan sekurang-kurangnya perdengarkan. Walaupun ada khilaf berkenaan ini, tapi kita cenderung kepada pentingnya untuk kita banyak menyebut nama Allah.
Dibawah adalah sedikit perkongsian berkenaan zikrullah.
Zikrullah (mengingati Allah) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT, sebagaimana firmannya:
“… dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” [TMQ al-Ankabut (29): 45]
Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Mahukah kalian aku beritahu tentang suatu amal yang paling baik dan paling suci di sisi Tuhan kalian, yang (dengannya) ia dapat meninggikan darjat kalian di sisiNya?”. “Tentu saja,” jawab para sahabat. Beliau lalu bersabda, “Zikrullah” (mengingati Allah).” (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah).
zikrullah-1Berkenaan dengan hadis mengingati Allah ini, Syeikh Zakaria al-Kandahlawi di dalam kitabnya Fadhail Amal menjelaskan bahawa keutamaan zikir ini adalah berdasarkan kepada keadaan umum. Ini adalah kerana terdapat keadaan-keadaan lain yang tertentu di mana amalan-amalan lain seperti jihad dan sedekah dipandang lebih utama.
Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zikrullah itu (mengingati Allah)? Para ulama’ membahagikan zikrullah itu kepada tiga bahagian:
Pertama: zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan menyebut kalimat-kalimat thayyibah seperti istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan lain-lain. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW, “Zikir yang paling utama adalah mengucapkan La ilaaha illallah.” (HR At-Tirmdizi, Ibn Majah dan Ahmad).
Kedua: zikir dengan kalbu (hati), yakni dengan senantiasa memperbanyakkan bertafakur (berfikir), muraqabah (merenung) dan memuhasabah diri. Antara cabang-cabang daripada amalan tafakur adalah seperti rajin menghadiri majlis-majlis ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan masalah fardhu ‘ain seperti aqidah dan fiqh syariah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian melewati taman-taman syurga, maka berhentilah dan masuklah ke dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?. “Baginda menjawab, “Majlis-majlis zikir (ilmu).” (HR at-Tirmidzi dan Ahmad).
Para
sahabat Nabi SAW memahami bahawa majlis zikir yang disebutkan dalam
hadis di atas adalah majlis ilmu, yakni majlis yang membincangkan
tentang masalah aqidah, halal-haram dan hukum-hakam syariah. Pada zaman
Nabi, tidak terdapat majlis di mana orang duduk beramai-ramai sambil
menyebut kalimah tasbih, tahmid dan tahlil.
Sebaliknya yang ada adalah
majlis halaqah-halaqah pengajian ilmu. Daripada sini kita dapat melihat,
dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan memahami hukum halal-haram
serta hukum-hakam syariah yang lain, setiap Muslim akan senantiasa
terikat dengan hukum syarak dalam seluruh ucapan dan perbuatannya. Ini
sekaligus merupakan bentuk zikir yang ketiga iaitu zikir melalui
perbuatan.
Inilah zikir yang paling utama. Mengapa dikatakan demikian?
Ini adalah kerana zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan
menyebut kalimat-kalimat thayyibah adalah termasuk dalam kategori ibadat
sunat sahaja. Sedangkan zikir dengan kalbu seperti menghadiri
majlis-majlis ilmu adalah sebahagian daripada tuntutan thalab ‘ilmi
(menuntut ilmu), yang mana hukumnya adalah wajib.
Walau bagaimanapun, menghadiri majlis-majlis ilmu semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ilmu yang dipelajari dan difahami itu tidak diamalkan atau diterjemahkan melalui perbuatan dalam kehidupan. Malah, bukan sekadar tidak diamalkan, ia juga boleh membawa kepada keharaman jika ilmu yang dipelajari itu bertujuan untuk bersaing dengan para ulama’ atau untuk memperdayakan orang-orang yang bodoh.
Hal ini hanya
akan mengundang murka dan azab Allah SWT. Rasulullah SAW pernah
bersabda, “Sesiapa sahaja yang mencari ilmu demi untuk bersaing dengan
para ulama’, memperdaya orang-orang yang bodoh atau untuk mencari
perhatian manusia, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam neraka.”
(HR at-Tirmidzi).
Adapun zikir melalui perbuatan, yakni dengan selalu mengikat ucapan dan perbuatannya kepada hukum-hukam Allah SWT, ini menunjukkan bahawa pelakunya bukan sahaja mempelajari dan memahami hukum-hukam Allah, bahkan ia telah melakukan amal yang baik (hasan al-amal). Sesungguhnya amal yang baik inilah yang akan dinilai oleh Allah SWT, bukan semata-mata terhadap ilmunya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:
“(Allah) Yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk melihat siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalnya”. [TMQ al-Mulk (67): 2].
Tags:
Zikir
Allah Allah Allah Allah...
ReplyDelete...
....